berita

Malas Nak Bangun Sahur Sebab Tak Tahu Nak Masak Apa? Dengan Kawan Food Semuanya Semudah ABC!

April 1st, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Pejam celik, pejam celik lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan. Minggu pertama Ramadhan, memang korang rasa bersemangat nak masak apa untuk sahur kan? Masuk minggu kedua, lemau dah nak masak apa, lebih baik tidur je.

Mana taknya, azan Subuh pukul 6 pagi, tapi korang bagun pukul 5.50 pagi. Memang tak sempat lah nak masak! Korang tau tak amalan bersahur ni penting untuk memastikan korang kekal bertenaga sepanjang hari.

Bersahur juga memastikan korang dapat mengamalkan makan secara sihat dan mengurangkan simptom akibat kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk ketika berpuasa. Pesanan Rasulullah SAW “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Haa… Korang mesti nak makanan yang sedap dan mudah untuk disediakan untuk bersahurkan? Jom kita tengok makanan mudah untuk disediakan yang menjadi pilihan ramai!

Kawan Food menawarkan pelbagai produk makanan yang pantas dan mudah untuk disediakan.

Kalau korang nak masak menu-menu yang sedap dan mudah waktu sahur, apa kata korang cuba guna produk Kawan Food. Tak payah dah nak susah-susah sepahkan dapur sebab nak menumis semua. Antara produk keluaran meraka yang paling popular ialah paratha dan malabar roti tau!

Nak tau tak sebab apa malabar roti ni selalu menjadi pilihan ramai? Sebab malabar roti Kawan Food memang rangup dan lembut, tak salah lah ia merupakan  hidangan sahur yang enak kerana amatlah mudah untuk disediakan dan rasanya yang lazat untuk dinikmati seisi keluarga.

Sekali gigit confirm krup krap krup krap. Sedap kan!

Yang paling penting semua produk dari Kawan Food adalah 100% Halalan Toyyiban dan tiada bahan pengawet tambahan. Baru best nak sahur macam ni!

Siap boleh dapat free produk dari Chek Hup lagi tau!

Korang tau tak yang Kawan Food ada buat promosi Ramadhan, beli 2 malabar roti, korang akan dapat free 2 tarik sachets (1 Kopi Tarik 28g & 1 Cham Tarik 25g) dan 1 Vintage Mug dari Chek Hup.

Apa tunggu lagi, korang boleh klik disini untuk dapatkan promosi Ramadhan Kawan Food ni tau!

Memang syok lah, makan  malabar roti ni dengan kopi tarik dari Chek Hup! Bak kata pepatah “perut kenyang, hati pun senang”. Korang mesti tertanya-tanya kan macam mana rasa malabar roti ni?

Haa… Korang kalau dah cuba makan malabar roti ni confirm tak cari lain, sebab ianya rangup di luar lembut di dalam, nak lagi sedap korang cicah dengan kuah dhal, memang mantap!

Mesti korang terliur kan? Apa tunggu lagi, jomlah ajak ahli keluarga, kawan-kawan untuk borong malabar roti di kawanfood.my selagi stock masih ada. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Kawan Food.

SKIP THIS AD ×