berita

Malaysia Airlines Tawar Tiket Serendah RM78, Bolehlah Balik Kampung Sempena Cuti Panjang & Musim Perayaan Nanti!

December 23rd, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

“Malasnya nak drive, dah la jauh. Tapi kalau tak balik time cuti ni rugi pulak!”

Haa..inilah situasi yang selalu terjadi bila ada antara korang yang nak pulang ke kampung atau pun pergi bercuti. Lagi-lagi bila melibatkan perjalanan jauh yang memerlukan korang untuk drive. Fuh..sakit pinggang wehh.

Dah-dah! Jangan risau, kami ada berita baik untuk korang ni!

Diskaun sehingga 30% untuk penerbangan domestik & antarabangsa!

Kalau nak tahu, bermula 23 Disember 2021 sehingga 7 Januari 2022, korang boleh dapatkan tiket flight domestik serendah RM78 dan tiket flight antarabangsa pulak serendah RM238 dengan diskaun sehingga 30% bagi tempoh penerbangan bermula 23 Disember 2022 sehingga 30 Jun 2022. Semuanya dalam satu hala.

Wahhh bestnya kan? Bagi yang kampung jauh atau nak celebrate CNY dekat luar negara tu, ini pun peluang terbaik korang tau. Ini antara destinasi antarabangsa yang ditawarkan:

  • Singapura
  • Phuket, Thailand
  • Bali, Indonesia
  • Jakarta, Indonesia
  • Bangkok, Thailand
  • Dhaka, Bangladesh
  • Colombo, Sri Lanka
  • Kathmandu, Nepal
  • Melbourne, Australia
  • Sydney, Australia
  • London, United Kingdom

Dapatkan 22% bonus mata ganjaran Enrich

Selain diskaun penerbangan, Malaysia Airlines juga menawarkan 22% bonus mata ganjaran Enrich tau!

Korang boleh gunakan mata ganjaran Enrich tu untuk tebus pelbagai benda. Antaranya penerbangan, naik taraf tempat duduk, barangan, penginapan hotel, restoran dan banyak lagi!

Bukan tu je, diskaun 25% pun ada untuk pemilihan tempat duduk & bagasi tambahan!

Yang ni paling best, selalu kalau dah balik kampung atau pergi bercuti ke, tau tau je barang banyak bila nak balik. Lebih-lebih lagi bila nak jumpa orang tersayang kan? Mesti excited lebih!

Bagi korang yang travel dalam Malaysia, ada diskaun 25% untuk pemilihan tempat duduk dan bagasi tambahan. Boleh la korang pilih tempat duduk yang korang rasa selesa. Barang banyak pun dah takde masalah. Jimat dan berbaloi adalah!

Jom rancang percutian korang dengan Malaysia Airlines!

Jadi, yang mana ada plan nak balik kampung tu, boleh la start rancang perjalanan korang dengan penerbangan Malaysia Airlines ni. Promo kaw-kaw ni wehhh!

Nak info lebih lanjut tentang tawaran menarik ni? Klik dekat SINI je guys!

SKIP THIS AD ×