berita

Malaysia Book of Records Iktiraf PTTI, Berjaya Pecah Rekod Pelajar Straight A Paling Ramai

September 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

PTTI

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI telah diktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Artikel Berkaitan: Iman Troye & MK-Clique Bersama PTTI Rai Anak Yatim, Beri Sumbangan RM15,000

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Suntik Semangat Pelajar SPM 2022

Pecah rekod

PTTI

Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd, Muhd Habibunajjar Sazali berkata, seramai 123 pelajar daripada keseluruhan lebih 13,000 pelajarnya berjaya mendapat semua A pada SPM 2022.

Membanggakan lagi, seorang pelajar dari PTTI telah berjaya meraih keputusan cemerlang dengan mendapat 11A+.

Ini adalah satu pengiktirafan besar daripada pihak MBOR kepada PTTI yang sudah bertapak di negara ini sejak 2015.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf pencapaian kami.

Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan sebanyak mungkin pelajar kami mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini.

Habibunajjar berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records Most Straight A’s SPM Student In Tuition Centre yang berlangsung di IDCC Shah Alam, pada Sabtu.

Dalam majlis tersebut, sijil pengiktirafan itu telah diserahkan oleh dua wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah.

Sementara itu, Habibunajjar berkata, pihaknya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 pelajar daripada keseluruhan lebih 10,000 pelajarnya untuk mendapat keputusan semua A dalam SPM 2023.

Kami sedia maklum mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dalam proses untuk mengembalikan takwin SPM seperti sebelum pandemik Covid-19.

Kami kini sedang menyusun semula program tuisyen PTTI bagi menyesuaikan dengan pelaksaan peperiksaan berkenaan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah duta kepada PTTI iaitu penyanyi MK K-Clique dan Iman Troye.

Iman Troye seronok

Iman berkata dia meluahkan rasa seronok melihat ramai pelajar didikan pusat itu berjaya mencapai keputusan cemerlang menerusi SPM 2022 yang lalu.

Dalam masa sama, Iman yang bergelar duta sejak September 2021 itu berkata, dia menyokong anak-anak muda sekarang untuk berjaya dalam pengajian.

Tugas saya di PTTI sebagai ikon dan duta, jadi saya banyak terbabit dengan siri jelajah yang dilakukan di sekitar negara.

Saya pun pernah berada di kerusi adik-adik yang sebagai pelajar menduduki SPM, jadi kehadiran saya untuk menghiburkan memberi semangat kepada mereka untuk belajar.

Saya bersama abang MK K-Clique akan berkongsi banyak perkara bersama mereka. Jujurnya zaman saya dulu tiada PTTI, sekarang ini nak tuisyen pun semuanya mudah, ada atas talian saja.

Jadi saya di sini sangat mengalu-alukan pelajar untuk menyertai PPTI kerana sudah terbukti ramai pelajar yang terbabit dapat straight A.

SKIP THIS AD ×