berita

MK K-Clique Suntik Semangat Pelajar SPM 2022

June 19th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon MK K-Clique berbangga dengan kejayaan seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang untuk subjek Kimia.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kini Milik Siti Hajaar, Serah Mas Kahwin RM302 & Seutas Rantai Emas

Artikel Berkaitan: Iman Troye Beri Ganjaran RM300 Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Real comeback is possible

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Menurut MK, 27, pelajar yang bernama Nur Aisyah Muhamad Azuan telah memperoleh gred A- (Cemerlang) yang mana sebelumnya hanya mendapat 9 peratus ketika peperiksaan akhir.

Kata pemilik nama lengkap Muhammad Hairi Amin Hamdan, tiada kejayaan tanpa usaha serta tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

Adik Nur Aisyah antara pelajar yang mengikuti pengajian tambahan di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI. Difahamkan pada peperiksaan akhir subjek Kimia gagal.

Alhamdulillah, berkat usaha dan dibantu dengan tenaga pengajar, dia berjaya memperoleh A-. Bagi saya, ini sesuatu yang cukup membanggakan.

Betul kata orang, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, insya-Allah kejayaan itu pasti berpihak kepada kita. Pencapaian diraih adik Nur Aisyah adalah buktinya.

Tambah MK selaku Duta PTTI, dia berharap agar kejayaan Nur Aisyah dapat menjadi pembakar semangat buat semua pelajar SPM akan datang.

Selain kejayaan mendapat A- bagi subjek Kimia, Nur Aisyah yang juga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor juga lulus dengan gred B bagi mata pelajaran Matematik Tambahan yang sebelumnya mendapat E.

Secara keseluruhan, Nur Aisyah mendapat 7A dan 4B.

Dalam pada itu, pelakon filem Bunga dan Kayu juga memaklumkan kepada pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM 2023 boleh mendapatkan buku percuma SPM eksklusif daripada PTTI dengan menghubungi mereka secara DM di Instagram.

Terdahulu, MK selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, di sini, pada Jumaat lalu.

Kemudian, pasangan itu diraikan pada majlis resepsi dalam suasana penuh romantis yang dihadiri keluarga kedua belah pihak, kenalan rapat, rakan artis dan sanak-saudara.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×