
Hantaran terbaharu di Instagram milik penyanyi dan komposer prolifik, Malique Ibrahim mengejutkan ramai apabila dia memuat naik gambar penyanyi, Aina Abdul.
Artikel Berkaitan: Aina Abdul Enggan Guna ‘AI’ Dalam Penghasilan Lagu – ‘Melodi Datang Daripada Ilham Tuhan Tak Sama Dengan Teknologi’
Projek bersama?

Menerusi perkongsian itu, Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, dilihat bersama dua individu lain dalam sebuah studio.
Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, rata-rata peminat yang singgah ke ruangan komen meneka bakal ada kolaborasi terbaharu antara Malique dan Aina.
Peminat kedua-dua penyanyi itu menyatakan keterujaan dan mengakui tidak sabar untuk mengetahui apakah projek tersebut.
Tidak hanya peminat, penyanyi rap tanah air iaitu Kmy Kmo turut menzahirkan keterujaannya.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran berkenaan telah menerima lebih 11,000 tanda suka dan 150 komen.
Undi Aina

Dalam perkembangan lain, Aina tercalon dalam OhBulan! Paling Viral Online menerusi kategori Selebriti Paling Viral dan Kelab Peminat Paling Viral iaitu Ainations.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.
Sumber: Instagram








