Sebelum ini, viral kisah seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dilaporkan kritikal di hospital selepas dikesan mempunyai kandungan dadah yang tinggi dalam badan. Kanak-kanak tersebut terpaksa ditidurkan kerana berada dalam keadaan sangat lemah.
Artikel Berkaitan: ‘Sering Terkejut & Mukanya Bertambah Pucat’ – Luluh Hati Ibu Bila Dapat Tahu Anak Diberi Dadah
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 4 Tahun Kritikal Ada Dadah Dalam Badan, Bapa Saudara Ditahan Mengaku Bawa Pergi ‘Suatu’ Tempat
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 4 Tahun Positif Dadah Terpaksa Ditidurkan
Terbaru, keadaan kanak-kanak lelaki itu dilaporkan semakin pulih dan sudah pulang ke rumah sejak seminggu lalu.
Mampu bergerak seperti biasa
Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut, anaknya, kini sudah mampu bergerak seperti biasa namun belum dapat berjalan dengan normal memandangkan kanak-kanak itu juga berstatus orang kurang upaya (OKU).
Sebaik tiub untuk bekalkan susu di hidungnya boleh ditanggalkan selepas dia mampu makan seperti biasa, anak saya dibenarkan pulang ke rumah. Hanya Allah sahaja tahu betapa leganya saya kerana selain keadaan anak semakin pulih, kami juga dapat menyambut Aidiladha di rumah. Anak juga sudah dapat makan minum seperti biasa tapi pergerakannya dilihat masih perlahan tambahan pula dia memang baru dapat berjalan kerana masalah kesihatan sejak lahir.
Disoal sama ada dia sudah memaafkan atau tidak saudaranya yang kini sedang menjalani hukuman di penjara, wanita itu enggan menjawab sebaliknya memberitahu dia belum dapat melupakan kejadian yang menimpa anaknya. Tambah wanita itu, dia terpaksa menguruskan mangsa berseorangan walau diri sendiri menanggung kesakitan kerana menghidap penyakit kanser payu dara tahap akhir.
Saya kini semakin kerap berasa sakit di bahagian dada dan terpaksa bergantung kepada ubat yang perlu diambil setiap hari. Walau apa sekalipun, saya perlu menguruskan anak dan kami juga menumpang orang tua yang sudah uzur dan hanya menyara hidup dengan menoreh getah.
Sumber: Harian Metro