berita

Mampukah Bella Bina Empayar Dalam Dunia Fesyen? Jangan Lupa Saksikan Telefilem Bella – Bila Cinta Bersatu Selasa Depan!

December 17th, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Slot Kuasa 3 Malam menerusi saluran Tv9 bakal menyajikan telefilem menarik dan akan bersiaran pada 21 Disember (Selasa) tepat jam 9.30 malam.

Telefilem Belle – Bila Cinta Bersatu mengisahkan seorang gadis, Anna Jobling yang ingin menceburi bidang perekaan baju dan strategi-strategi pemasaran yang dilakukan olehya. Kalau korang nak tahu ending telefilem ini jangan lupa tengok!

Bella – Bila Cinta Bersatu

Telefilem Bila Cinta Bersatu dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat antaranya Anna Jobling, Daniel Fong, Idris Khan serta ramai lagi. Watak utama dalam telefilem ini merupakan Bella yang memperjuangkan impiannya bagi menjadi seorang usahawan berjaya walaupun hanya bermula dari hadiah sebuah mesin jahit yang merupakan hadiah daripada Auntie Chan (ibu kepada sahabat baiknya, Alex).

Kegigihan Bella yang sering membawa balik kain-kain perca dari kedai jahit Auntie Chan sebelum ‘mereka’ pakaiannya sendiri membuahkan hasil apabila dia berjaya diterima ke universiti dan turut menerima tempahan jahitan bagi menampung kos perbelanjaanya.

Bukan itu sahaja, gadis cantik ini turut mengambil keputusan secara drastik dengan berkahwin dengan kawan baiknya iaitu Alex semasa berada di pusat pengajian tinggi. Namun, kehidupan mereka serba kekurangan dan terhimpit berikutan Bella yang melahirkan anak dan pasangan ini tidak mampu membelikan susu buat anak mereka. Sehinggalah satu hari, Bella berjaya menghasilkan rekaan baju yang mendapat sambutan ramai.

Bagaimanapun, dia terpaksa menerima tempahan yang banyak sehingga menyebabkan jarinya bengkak dan tidak dapat menghadirkan diri ketika peperiksaan berjalang. Jadi, kalau korang nak tahu berjaya atau tak Bella dan Alex membina empayar dalam bidang fesyen? Jangan lupa tonton telefilem Bila Cinta Bersatu pada 21 Disember ini tepat jam 9.30 malam hanya di saluran TV9.

Bukan itu sahaja, kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program-program best yang disajikan di TV9 boleh layari portal xtra mahu pun laman media Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.

SKIP THIS AD ×