berita

‘Man, Awat Mak Hang Call Hang Tak Angkat?’ – Netizen

February 9th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Semalam, kecoh di media sosial mengenai beberapa status dipercayai dimuatanaik oleh Hazelina Mat Jalil iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Aiman Tino yang meluahkan rasa terkilan terhadap seseorang.

Artikel Berkaitan: ‘Macam Tu Lah Kalau Dah Dikongkong Betina’ – Rindu Anak, Ibu Dakwa Aiman Tino ‘Dikawal’ Kekasih?

Terbaru, Instagram penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini mula ‘diserang’ oleh netizen yang rata-ratanya ‘menasihati’ Aiman supaya kembali ke pangkuan keluarga.

Whatsapp pun tak balas

Sebelum ini, Hazelina atau Riena dikatakan memuatnaik beberapa status meluahkan rasa kecewa terhadap perubahan sikap seseorang selepas dipercayai dikongkong oleh seorang wanita. Walaupun begitu, kebanyakan netizen menganggap status tersebut dipercayai ditujukan kepada anaknya, Aiman Tino. Malah, Riena juga mendakwa anaknya itu langsung tidak menjawab penggilan mereka sekeluarga dan hal ini sedikit sebanyak menganggu karier seninya.

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, bapa kepada penyanyi ini iaitu Yusri Ishak memaklumkan bahawa syarikat rakaman dan produksi juga gagal menghubungi Aiman untuk berbincang mengenai urusan kerjanya.

Kalau saya hubungi pun kadang-kadang, dia tak jawab panggilan. Saya hantar mesej menerusi WhatsApp pun tak balas.

IG Aiman dibanjiri komen

Namun, pada hari ini, posting terakhir yang dimuatnaik oleh Aiman di Instagram pada 30 Januari lalu telah dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen. Mereka tertanya-tanya keberadaan Aiman selain menasihati penyanyi ini supaya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarga. Malah, mereka turut mengingatkan Aiman supaya jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

‘Aiman, mana kamu..’

‘Balik man! mak cari’

Sumber: Aiman Tino, Harian Metro

SKIP THIS AD ×