Pelakon Linda Hashim, meluahkan rasa kesal terhadap suaminya, Beego yang didakwa tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Linda Hashim Dakwa Beego ‘Hilang’? – ‘Nak Harap Bapaknya, Tak Nak Ambil Tahu Pun Pasal Anak-Anak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beego Sertai Tabligh, Netizen Sayu Lihat Wajah – ‘Nampak Muka Dia Penuh Kesedihan’

Luahan Linda

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Linda berkongsi foto tiga orang anaknya yang sedang menikmati makanan.

Namun pada kapsyen tersebut, pemilik nama Norhazlinda Hashim itu mendakwa Beego mengabaikan anak-anak mereka.

Mana bapa anak-anak ini? Kalau jumpa, tanya dia tak takut ke akhirat esok kena soal macam-macam?

Enjoy boleh tapi duit makan anak-anak abaikan setelah sekian lama.

Duit makan je pun, duit lain maknya dah tanggung sepenuhnya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa kecewa dengan sikap Beego dan menasihati Linda untuk terus menuntut nafkah demi anak-anaknya.

Sekadar info, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman awal Januari lalu.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.

Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

Sumber: TikTok Linda