berita

‘Mana Rakyat Nak Cari Duit?’ – Polis Kelantan Teliti Semula Kes Kompaun RM50k Terhadap Penjual Burger

April 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal Burger berkongsi satu surat kompaun yang dipercayai telah dikeluarkan oleh pihak polis. Perkongsiannya itu bagaimanapun, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengapa dia dikenakan kompaun sebanyak RM 50 ribu.

Artikel berkaitan: Peniaga Burger Dakwa Kena Kompaun RM50k, Jual Burger Lebih Masa

Di Twitter, bekas Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kesal sebaik sahaja beliau mendengar kisah tersebut.

Mana rakyat nak cari duit

 

Menurut Syed Saddiq, bagaimana rakyat seperti peniaga burger tersebut hendak mencari duit sebanyak RM50 ribu untuk membayar kompaun. Tambahnya, kenapa tidak ada budi bicara dan teguran sekiranya perkara yang dilakukan itu salah.

Polis teliti semula

Menerusi laporan Berita Harian, Polis Kelantan meneliti semula kompaun RM50 ribu yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger tersebut. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga berkenaan.

Peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Merujuk kepada kes tular di media sosial membabitkan pemilik burger yang dikenakan kompaun RM50,000, pada masa sama pihak polis mengeluarkan tiga kompaun kepada pemilik premis kedai makan termasuk peniaga burger.Ketiga-tiga peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM50 ribu.

Tambah beliau, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak polis meningkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh daerah.

Sumber: Syed Saddiq & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×