Foto: Faisal Burger
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Faisal Burger berkongsi satu surat kompaun yang dipercayai telah dikeluarkan oleh pihak polis.
Perkongsiannya itu bagaimanapun, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet mengapa dia dikenakan kompaun dengan kadar yang begitu banyak.
Dugaan bulan Ramadan
Foto: Faisal Burger
Menerusi surat kompaun yang ditulis pada 2321 (11.30 malam), menunjukkan lelaki berkenaan telah dikompaun sebanyak RM50k. Namun, tulisan yang tertera pada resit berkenaan tidak jelas mengapa dia telah dikenakan tindakan sedemikian rupa.
Alahai dugaan bulan puasa, niaga burger depan tangga rumah pukul 11 lebih polis mari. Niaga burger kena kompaun 50k. Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah ada hikmah di sebalik kejadian niaga pun untuk buat lepas bayar bil bulan-bulan ja.
Lapor Malaysia Kini, peniaga tersebut dikenakan kompaun berikutan beroperasi melebihi had masa ditetapkan.
Ketika itu tiada seorang pelanggan pun di gerai, saya sedang siapkan pesanan pelanggan iaitu golongan pekerja kilang. Biasanya pesanan itu saya akan hantar (COD) di kilang mereka bekerja. Saya terkejut kerana dikompaun dengan nilai setinggi itu. Dengan keadaan PKP dan tempoh niaga yang begitu terhad ini. Memang saya belum tutup kedai, tapi dah tak niaga ketika itu. Cuma siapkan tempahan untuk dihantar. Meja pun saya tak buka.
Difahamkan, terdapat laporan yang telah dibuat mengadu akan kedainya yang telah beroperasi melebih waktu yang telah ditetapkan.
Sejak PKP tahun lalu saya cuma berniaga di rumah dan ini merupakan satu-satunya mata pencarian saya. Saya merayu agar kompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu jauh daripada kemampuan saya.
Respon netizen
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat masing-masing ada yang menyatakan lelaki berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu berniaga melebihi waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pada masa yang sama, ada juga yang menyifatkan kadar kompaun yang dikenakan adalah terlampau mahal dan tidak mampu dibayar oleh peniaga berkenaan.
Sumber: Faisal Burger & Malaysia Kini