berita

‘Mangsa Mendapat RM600 Sebagai Upah…’ – YouTuber Terkenal Ditahan Polis Atas Dakwaan Mencabul

December 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, seorang gadis mendakwa dia hampir dirogol oleh seorang YouTuber terkenal. Susulan daripada insiden tersebut, mangsa telah tampil membuat laporan polis. Tidak berakhir di situ, mangsa juga sempat menceritakan ‘detik cemas’ apa yang telah terjadi kepadanya di Twitter.

Artikel Berkaitan: ‘Pegang Tangan, Kaki..’ – Ceroboh Bilik & Cuba Buka Pakaian, Wanita Dakwa Hampir Dirogol Youtuber Terkenal?

Terbaru menerusi laporan Harian MetroYouTuber tersebut, telah bertindak menyerah diri kepada pihak polis semalam. Susulan daripada itu,  dia telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Tampil serah diri

Sekadar gambar hiasan

YouTuber itu bertindak menyerah diri susulan aduan yang dibuat terhadapnya atas dakwaan mencabul. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah inap desa di Kubang Kerian, Kelantan, selepas selesai penggambaran drama YouTube pada 1 Ogos yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, mangsa yang berumur 24 tahun, membuat laporan polis pada Jumaat yang lalu. Mangsa mendakwa dia telah dicabul oleh YouTuber tersebut, berikutan insiden itu suspek telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, bagi siasatan lanjut.

Berkenalan menerusi seorang rakan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi siasatan awal, pihak polis mendapati mangsa dan suspek berkenalan melalui seorang rakan yang menawarkan mangsa untuk berlakon dalam drama yang diarahkan oleh suspek.

Selepas selesai penggambaran itu, mangsa diajak oleh suspek untuk tidur di sebuah inap desa dengan alasan masih terdapat sesi penggambaran pada keesokan hari. Semasa mangsa berseorangan dalam bilik iaitu tempat kejadian, suspek didakwa masuk ke dalam bilik dan mencium, memeluk serta meraba mangsa selain didakwa melakukan onani.

Suspek juga dikatakan menawarkan bayaran RM600 sebagai upah untuk berlakon dalam drama tersebut. Kini, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini, dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×