Sejak kebelakangan ini, banyak kita dengar kisah mengenai kes rogol, cabul dan gangguan seksual melibatkan mereka yang dikenali ramai lebih-lebih lagi di media sosial.
Terbaru, seorang wanita mendakwa bahawa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang Youtuber terkenal.
Dakwa jadi mangsa gangguan seksual
Menceritakan kisah itu, wanita ini mendakwa bahawa Youtuber tersebut melakukan cubaan merogol tetapi tidak berjaya. Suspek dikatakan cuba membuka seluar dan baju mangsa tetapi dihalang oleh mangsa. Menurut mangsa lagi, perkongsian ini dibuat bukanlah untuk menjatuhkan atau menfitnah mana-mana pihak sebaliknya dia sudah tidak sanggup memendam seorang diri.
Dah hantar DM tapi tak balas
Tambah mangsa lagi, dia dipercayai telah menghantar Direct Message (DM) kepada suspek dan meminta supaya suspek melakukan permohonan maaf secara terbuka atas perbuatannya itu. Tetapi sayangnya, suspek langsung tidak membalas segala mesej yang dihantar walaupun mesej itu sudah pun dibaca.
Bawa teman yang boleh dipercayai
Wanita ini memaklumkan dia tidak mahu talent Youtuber ini menjadi mangsa seterusnya. Jika ingin shooting sekalipun, dia meminta supaya talent perempuan Youtubers ini untuk membawa kawan lelaki yang dipercayai untuk menjadi teman. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini.
Youtuber suruh tidur sehari
Dalam kesempatan itu, mangsa menegaskan dia bukanlah seorang perempuan gatal seperti yang dimaksudkan segelintir netizen. Tetapi sebaliknya apabila dia telah diperdayakan oleh suspek atas urusan kerja. Tambah wanita ini lagi, dia mendakwa bahawa suspek memintanya untuk menginap di kawasan penggambaran tersebut kerana ada scene pada keesokan paginya.
Tidur dalam bilik bujang
Dah buat laporan polis
Sementara itu, wanita ini mendakwa telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa dirinya itu. Walau bagaimanapun, wanita ini dipercayai sudah pun memadam status tersebut dari Twitternya.
Sumber: Twitter