Sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar menjadi tempat seksaan buat mangsa-mangsa yang terlibat dengan penipuan dalam syarikat tersebut. Baru-baru ini, suasana di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menjadi hiba apabila tiga daripada lima mangsa penipuan kerja itu tiba di Malaysia.
Artikel Berkaitan: Dijadikan Pelacur & Dipaksa Makan Lauk Daging Babi– ‘Darah Diambil, Mungkin Organ Akan Dijual’
Artikel Berkaitan: Akibat ‘Love Scam’, Wanita Rugi Lebih RM150,000
Artikel Berkaitan: Sindiket Cucuk Wanita Gemuk Ubat Kurus Supaya Berat Badan Turun Sebelum Dijadikan Pelacur
Diugut teruk
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Malaysia Gazette, mangsa-mangsa dikerah untuk bekerja dari 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam tanpa sebarang gaji. Fizikal dan mental kesemua mangsa yang menjadi sindiket pemerdagangan manusia itu semestinya terseksa.
Menurut salah seorang mangsa, Syafinaz Abdullah, 19, mengakui mula menyedari sudah ditipu apabila diugut ‘teruk’ oleh syarikat tersebut jika tidak mencapai keuntungan RM20,000 sehari (30,000 Yuan).
Kami kena ugut makan babi dan tikus. Kalau tiada yang kena sale, kami akan diugut untuk dirogol.
Tambah gadis tersebut, mereka dipaksa untuk melakukan penipuan dan menjadi scammer menerusi aplikasi yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan seperti kereta sewa.
@malaysiagazette Replying to @commenter Pengalaman Ngeri Diugut Makan Babi, Dirogol Gara-Gara Tak Dapat ‘Sale’ 30 Ribu Sehari . #malaysiagazette #mgnews #pemerdanganmanusia #KLIA #ibu #anak #mangsapemerdagangan #tangisanibu #myanmar
Sumber: Tiktok @malaysiagazette