berita

Akibat ‘Love Scam’, Wanita Rugi Lebih RM150,000

December 15th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Dek kerana terpedaya dengan cinta maya (love scam), seorang wanita berusia 44 tahun mengalami kerugian sebanyak RM152,050 dengan seorang lelaki yang dikenalinya di Facebook.

Artikel Berkaitan: Terpaksa Kutip Sisa Makanan, Dua Beradik Jadi Gelandangan Di London Selepas Ditipu Ejen

Artikel Berkaitan: Dipukul Kerana Enggan Bekerja Sindiket Love Scam, Lelaki Malaysia Jadi Tahanan Di Myanmar

Atas dasar percaya?

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Bernama, wanita berkenaan telah membuat pemindahan wang kepada suspek sebanyak 27 transaksi sejak 10 Oktober hingga 5 Disember ke dua akaun berbeza bagi tujuan bayaran untuk menolong teman lelakinya itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili memberitahu, suspek menghubungi mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp pada 8 Oktober lepas, memaklumkan bahawa dia telah ditahan pihak Imigresen kerana membawa mata wang asing dan memerlukan bantuan.

Mangsa yang menyedari telah ditipu selepas meragui bayaran tersebut kemudiannya menghubungi rakannya sebelum membuat laporan polis.

Justeru itu, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan sindiket penipuan ‘love scam’ selain tidak mudah termakan dengan pujuk rayu daripada seseorang yang dikenali melalui media sosial.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×