berita

Manusia Berjantung Babi…

July 14th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sepasukan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) memindahkan jantung babi yang telah diubah suai secara genetik ke dalam badan seorang manusia yang telah meninggal dunia sebagai salah satu daripada kajian penyelidikan terbaharu.

Badan didermakan ahli keluarga

Memetik laporan CNN pada Selasa, prosedur yang dijalankan oleh para penyelidik di pusat perubatan NYU Langone Health itu merupakan yang pertama seumpamanya.

Tujuan pembedahan tersebut dilakukan adalah bagi menyokong usaha untuk menentukan sama ada organ haiwan boleh diubah suai dan digunakan pada manusia yang memerlukan pemindahan.

Penerima jantung babi dalam penyelidikan tersebut, Lawrence Kelly, 72 tahun, asal Pennsylvania telah diisytiharkan mengalami mati otak dan tubuhnya telah didermakan oleh bagi kajian tersebut oleh ahli keluarga.

Selepas pemindahan Kelly selesai Jun lalu, pasukan penyelidik yang sama mengulangi prosedur itu kepada penerima lain, Alva Capuano, 64 tahun, asal New York, yang meninggal dunia pada Mac lalu.

Pengarah Institut Pemindahan Langone NYU, Dr. Robert Montgomery berkata, prosedur tersebut membolehkan kajian lebih mendalam dilakukan mengenai bagaimana badan penerima bertolak ansur dengan jantung babi.

Sumber: CNN Health

SKIP THIS AD ×