berita

Marah Diejek ‘Gay’, Lelaki Bunuh Wanita Idaman Dengan Kejam

June 27th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Dari suka menjadi dendam apabila seorang lelaki disyaki membunuh wanita idamannya kerana dia sering diejek menyukai kaum sejenis.

Artikel Berkaitan: Sering Marah, Isteri Pelik Suami Selalu Tolak Ketika Digoda – ‘Rupanya Dia Suka Hubungan Sek* Sejenis’

Artikel Berkaitan: Tak Pernah ‘Disentuh’ Selepas Kahwin, Isteri Kecewa Dapat Tahu Suami ‘Gay’ – ‘Aku Jumpa ‘Dark Side’ Akaun Dia’

Tidak dapat kawal emosi

Foto: Tribun News

Memetik laporan Tribun News, Ketua Polis Kota Denpasar, Kombes Pol Bambang Yugo Pamungkas berkata kejadian yang berlaku di Bali, Indonesia itu berpunca suspek tidak dapat mengawal emosi marah akibat sering disindir.

Motif suspek marah dan tidak terima diejek mangsa dengan ayat ‘awak gay’ dan lain-lain.

Ketika kejadian pada Sabtu lalu suspek dipercayai mabuk lalu bertindak mengambil parang dan membunuh mangsa dengan kejam.

Kesan kecederaan di kepala, leher kiri, belakang, lutut kanan dan kedua-dua belah tangan mangsa.

Difahamkan mangsa yang berusia 38 tahun itu merupakan jiran suspek yang baru sahaja dikenalinya dalam masa seminggu.

Hasil soal siasat menunjukkan suspek baru mengenali mangsa kira-kira seminggu dan hanya kawan biasa. Suspek mempunyai perasaan terhadap mangsa tetapi tidak pernah meluahkan perasaannya.

Pihak polis berkata, suspek kemudian meninggalkan mangsa selepas mendapati mangsa meninggal dunia. Suspek juga melempar parang tersebut tidak jauh dari tempat kejadian.

Susulan itu, polis berjaya menangkap suspek yang ketika itu sedang tidur di sebuah kedai kira-kira 200 meter dari lokasi mayat mangsa ditemui.

Jika didapati bersalah suspek berusia 28 tahun itu boleh didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Terdahulu, orang awam melaporkan kepada pihak polis tentang penemuan mayat wanita yang tidak dikenali dengan penuh kesan luka yang ditinggalkan di pantai.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×