Lalat dianggap sebagai salah satu binatang yang kotor dan jijik, hal ini kerana lalat akan menghinggap dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lazimnya, lalat akan menghinggap di tempat-tempat yang kotor seperti tong sampah.
Ini kisah yang terjadi di Perancis, hanya disebabkan seekor lalat seorang warga emas menanggung kerugian selepas sebahagian daripada rumahnya terbakar.
Gas bocor
Gambar sekadar hiasan
Kejadian ini berlaku ketika warga emas itu sedang bersiap untuk makan malam di rumahnya di Parcoul-Chenaud di Dordogne. Punca kejadian adalah disebabkan percikan api yang tercetus ketika dia cuba membunuh lalat tersebut menggunakan pemukul lalat elektrik.
Menurut BBC News lelaki itu terganggu dengan bunyi lalat yang berterbangan di sekelilingya dan mencari dari mana datangnya bunyi tersebut. Tanpa mengambil keputusan yang panjang, dia terus mengambil pemukul lalat elektrik untuk menghalau lalat tersebut.
Nasibnya, malang apabila tanpa sedar terdapat kebocoran gas yang sekali gus telah menyebabkan percikan api lantas terus menyambar dan membakar dapur rumahnya. Lebih menyedihkan, apabila api tersebut terus marak ke bahagian lain rumahnya. Lelaki tersebut hanya mengalami luka kecil dan di tangan dan tidak dapat tinggal di rumah tersebut untuk sementara waktu.
Sumber: BBC News