berita

Anak Kena Sawan, Taska Didakwa Hidang Makanan Dalam Plastik Sampah & Guna Pinggan Digigit Tikus

December 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

taska tikus

Seorang individu mendedahkan anaknya terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas mengalami sawan didakwa akibat kecuaian pihak pengasuh.

Artikel Berkaitan: Bayi Dua Bulan Meninggal Dunia Didakwa Kerana Kecuaian Pengasuh

Artikel Berkaitan: Bapa Tak Sanggup Lihat CCTV Anak Didera Pengasuh Taska, Dipukul Berkali-Kali Ketika Makan

Abai kebersihan

taska tikus

Menerusi perkongsian di TikTok, ibu kepada kanak-kanak tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap pihak pengasuh yang didakwa gagal menjaga kebersihan taska.

Wanita tersebut mendakwa pihak taska menyediakan makanan di dalam plastik sampah selain menghidangkan juadah di dalam mangkuk yang terdapat kesan gigitan tikus.

Realiti makanan diisi dalam plastik sampah sebelum diletakkan dalam mangkuk yang digigit tikus dan ada antaranya yang pecah dan sumbing.

Tindakan susulan

taska tikus

Menurut wanita tersebut, keadaan anaknya kini semakin baik namun dia mengambil keputusan untuk tidak akan menghantar kanak-kanak itu ke taska lagi.

Sehubungan dengan itu, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu tersebut berikutan taska berkenaan didakwa berada di dalam kawasan Angkasapuri.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyedari terdapat muat naik di media sosial yang tular berkaitan sebuah taska di stesen penyiaran yang didakwa dikendalikan dengan buruk dan tidak amanah. Taska berkenaan berada di dalam kawasan Angkasapuri Kota Media.

RTM memandang serius perkara ini dan sedang melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat lengkap berkaitan insiden tersebut.

Biarpun taska berkenaan bukan di bawah pengurusan RTM, namun jabatan ini tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas apatah lagi melibatkan nyawa dan kemaslahatan kanak-kanak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak taska yang memandang remeh terhadap kebersihan sehingga anak-anak menjadi mangsa.

Sumber: IG RTM, TikTok

SKIP THIS AD ×