berita

Maria Tunku Sabri Lancarkan Buku Panduan ‘Jalan-jalan Cari Makan’

December 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Siapa yang tidak kenal dengan ‘Ratu Makan’ Malaysia, Maria Tunku Sabri. Terbaru Maria telah menyusun atur pengalaman makan beliau ke dalam sebuah buku panduan makanan keduanya berjudul ‘Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri’ untuk dikongsikan bersama dengan para penggemar makanan.

Menurut Maria, buku keduanya ini akan melampirkan sebanyak 397 restoran di sekitar Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Dalam pada itu, pengacara ini turut berbesar hati untuk berkongsi pengalamannya selama bekerjasama dengan pihak TV3 menerusi program ‘Jalan-jalan Cari Makan.’

“Selepas pelancaran buku panduan makanan pertama saya tahun lepas, saya telah menerima sambutan hebat dari orang ramai. Sudah tentu saya merasa amat gembira dan telah digalakkan untuk menghasilkan buku kedua saya ini.”

Ia bersaiz A5 dan mengandungi 397 restoran dari sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Sumber inspirasi saya untuk menerbitkan buku panduan makanan ‘Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri’ ini telah saya dapati ketika bekerjasama dengan kru perfileman saya meredah seluruh Malaysia dalam mencari makanan yang tersedap dan terbaik untuk dikongsi bersama masyarakat Malaysia.

“Saya bangga untuk mengatakan bahawa saya telah menjadi hos untuk program ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ di TV3 untuk 12 musim dan sepanjang tempoh itu saya telah menemui bermacam-macam makanan yang berunsurkan tempatan serta antarabangsa.”

Untuk makluman, buku panduan ‘Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Maria Tunku Sabri 2012/2103’ ini mengandungi senarai restoran dari kategori ‘fine dining’ sehingga gerai-gerai penjaja ‘street food’ daripada 24 daerah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor.

Dalam pada itu, penyenaraian restoran-restoran tersebut juga dikumpulkan berdasarkan kualiti makanan, perkhidmatan pelanggan dan kebersihan. Buku ini bakal dijual dengan harga RM 18 di Semenanjung Malaysia dan RM 20 di Sabah dan Sarawak.

SKIP THIS AD ×