Pelakon Zara Zya berkongsi rutin persiapan Aidilfitri yang diamalkannya sejak beberapa tahun lalu dengan memasak juadah hari raya lebih awal sebelum disimpan rapi di dalam peti sejuk beku.

Artikel Berkaitan: Zara Zya Sayu Imbas Momen Sahur Bersama Keluarga – ‘Tak Sangka Bila Besar Keluarga Saya Berpecah’

Artikel Berkaitan: ‘Bab Resepi Pun Gaduh, Kalau Tak Kena Dengan Tekak Jangan Kecam’ – Zara Zya

Boleh tidur awal

Menerusi satu perkongsian di Threads, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainur Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata rutin tersebut bukan sahaja memudahkan urusannya pada hari raya, malah memberinya ruang untuk berehat sehari sebelum Syawal.

Alhamdulillah, rendang ayam pencen dan rendang daging paru dah siap masak.

Dah beberapa tahun saya amalkan cara ini, masak dengan lebih awal, kemudian simpan dalam peti sejuk dan frozen.

Bila raya nanti, hanya perlu panaskan sahaja.

Tambahnya lagi, persiapan awal itu membolehkannya bangun dalam keadaan segar dan bertenaga pada pagi raya, sekali gus lebih bersedia untuk menyambut Syawal dengan tenang.

Hasilnya? Sehari sebelum Raya saya boleh lebih relaks dan tak perlu kelam-kabut di dapur, boleh tidur awal.

Pagi esoknya bangun pun segar dan bertenaga untuk sambut Hari Raya.

Bolehlah bergaya sakan menikmati suasana raya.

Sumber: Threads