berita

Masalah Dalaman Jadi Punca Pengunduran Pengurus Aina Abdul

April 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pengurus kepada penyanyi popular, Aina Abdul dikatakan telah mengundurkan diri dan tidak lagi akan menguruskan jadual yang membabitkan Aina.

Perkara ini telah menimbulkan spekulasi ramai pihak yang mendakwa perletakkan jawatan dibuat pengurus kepada penyanyi lagu Sumpah itu adalah disebabkan oleh pertengkaran yang berlaku ke atas kedua-dua belah pihak.

Artikel Berkaitan: #AJL37: Guna Lebih 200 Meter Kain, Kepulan Awan Simbolik Aina Abdul Untuk Arwah Ayah

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Teruja Nak Rasai Suasana Berpuasa Di Tanah Suci

Nafi ada perselisihan faham

Memetik laporan Utusan, Aina menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa perletakkan jawatan pengurusnya itu adalah disebabkan perselisihan faham.

Kata Aina, tindakan pengurusnya itu dilakukan secara sukarela sekitar sebulan yang lalu. Namun, dia enggan mengulas lebih lanjut punca sebenar yang berlaku.

Apa pun yang berlaku antara kami, biarlah saya sahaja yang tahu. Saya pun tak berani nak cakap lebih-lebih.

Ada masalah dalaman yang berlaku antara kami dan ia sangat peribadi untuk dikongsikan.

Saya tak singkirkan sesiapa pun sebab ia berlaku terlalu pantas.

Lebih baik bertanya kepada pihak sebelah sana sebab dia sendiri mengundurkan diri secara sukarela.

Namun, Aina menjelaskan bahawa dia merupakan seorang yang profesional dan boleh bertegur sapa sekiranya terserempak di mana-mana majlis selepas ini.

Untuk info, isu ini mula dibangkitkan wargamaya selepas wujudnya dakwaan mengatakan Aina mempunyai kemelut dengan bekas pengurusnya yang sudah berkhidmat untuknya dari tahun 2019.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.

SKIP THIS AD ×