berita

‘Masalah Hubungan Intim Bukan Punca Utama, Pasangan Bercerai Sebab Tidak Solat’ – Ustazah Asma’

May 17th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk mengulas mengenai penceraian yang dikatakan berpunca disebabkan masalah hubungan intim.

Artikel Berkaitan: Wanita Buat ‘Content’ Lucah Hubungan Intim Suami Isteri, Menteri Arah JAKIM Ambil Tindakan

Abaikan solat lima waktu

Sekadar gambar hiasan 

Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’ berkata, 90 peratus rumah tangga yang berakhir dengan perceraian adalah disebabkan pasangan itu mengabaikan solat.

Kata Ustazah Asma’, semua ini ada kajian ilmiah berdasarkan analisis setiap kes, fokus kepada punca masalah melibatkan ribuan kes dalam tempoh bertugas.

Masalah hubungan intim ada kalanya menjadi sebab utama, tapi kebanyakannya adalah kesan akibat bila syariat Islam diabaikan.

Contoh, seorang suami yang tidak solat, pasti cenderung abaikan juga tanggungjawab asas sebagai suami, dan mempunyai sikap yang tidak menyenangkan. Paling utama hilang berkat dalam hubungan dan terhalang rahmat Allah, maka hubungan intim yang sepatutnya sebagai ibadah boleh bertukar menjadi musibah.

Begitu juga dengan seorang isteri yang tidak solat, jika kewajipan paling utama sebagai muslim diabaikan dan tidak rasa berdosa, maka apa sangat nak rasa berdosa bila menolak ajakan suami tanpa sebab kukuh, walaupun amaran yang sangat berat.

Katanya lagi, masalah hubungan intim boleh dibantu dengan dua keadaan. Pertama, menjawab kepada soalan yang berkait hukum hakam hubungan intim manakala kedua adalah saranan agama dan rawatan perubatan.

Apa yang saya nak nyatakan, ilmu ini memang sangat penting. Ia boleh diperolehi daripada sumber fitrah semulajadi, atau dipelajari secara tidak langsung dengan capaian ilmu dari persekitaran atau boleh juga secara formal.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menyarankan agar menggunakan ayat yang tidak menyebabkan kecenderungan untuk membayangkan secara jelas hingga boleh menaikkan syahwat selain tidak mendedahkan aib pasangan walaupun sudah tidak tinggal sebumbung.

Tambahnya, perlu juga menjemput individu yang bertauliah seperti doktor, kaunselor, perunding cara rumah tangga, peguam bagi memberi latihan khusus mengendalikan serta memberi konsultasi yang berkaitan.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×