Pelakon, Datuk Remy Ishak berpendapat identiti budaya masyarakat Malaysia dilihat semakin ditelan zaman.

Artikel Berkaitan: Remy Ishak Sokong Pandangan Netizen, Aghniny Haque Patut Jadi Contoh Pelakon Wanita Di Malaysia

Artikel Berkaitan: Remy Ishak Kongsi Fasa Tanpa ‘Job’, Akui Reda Dengan Hasutan Pihak Ketiga – ‘Orang Ingat Saya Hilang, Rupanya Ditanam’

Budaya

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Remy menyentuh mengenai budaya luar yang kini dilihat semakin mendonimasi gaya hidup masyarakat kini.

Jelasnya, kurangnya penghargaan terhadap budaya sendiri menyebabkan budaya tersebut menjadi semakin asing kepada generasi muda.

Budaya barat, Korea dan Jepun semakin kuat di Malaysia.

Masalah timbul apabila kita berhenti menghargai budaya sendiri sehingga ia menjadi asing kepada generasi kita sendiri.

Remy menyatakan pendapat sedemikian selepas melihat hantaran bekaitan penjajahan paling bahaya pada hari ini adalah penjajahan pemikiran.

Perkongsian Remy kemudiannya mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya.

Sumber: Threads