
Pelakon Remy Ishak tampil menjelaskan situasi berhubung dakwaan bahawa dirinya digugurkan daripada beberapa projek filem pada saat-saat akhir.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Seorang Hamba Allah Tak Nak Saya Ada Dalam Sebuah Filem, Dia Ugut Producer..’ – Remy Ishak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pernah Bawa Uber, Orang Tak Kenal Sebab Saya Bawa Premium’ – Remy Ishak
Nama digugurkan

Ketika ditemui OhBulan!, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 44, mengakui pernah melalui fasa sukar apabila tidak menerima sebarang tawaran berlakon dalam tempoh yang agak lama.
Menurut Remy, dia sendiri tidak mengetahui punca sebenar keadaan tersebut namun memilih untuk melihatnya daripada sudut positif kerana menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah dalam industri seni.
Berapa lama saya tak shooting sebab orang saya tak mahu berlakon.
Padahal ketika itu saya tak ada job, saya sendiri tak tahu kenapa. Alhamdulillah tahun ini, banyak filem saya keluar.
Sebelum itu, mana saya? Semua orang ingat saya hilang. Saya pun tak tahu kenapa ‘ditanam’.
Tapi inilah permainan dan perniagaan. Bagi saya, orang baik memang selalu kena pijak.
Remy berkata demikian ketika ditemui di tayangan media filem Khadam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengulas lanjut mengenai situasi namanya digugurkan daripada projek tertentu, Remy mengakui dia menerima perkara itu dengan hati terbuka kerana percaya setiap rezeki telah ditentukan oleh Allah.
Saya terima dan sabar saja. Saya orang yang terluka tapi tidak mengapa. Saya percaya pada rezeki, orang tutup pintu rezeki kita, Allah buka 10 pintu rezeki yang lain.
Bagi saya, permainan dalam industri ini berubah. Masa zaman saya dahulu, perkara sebegini tak berlaku. Kita saling membantu satu sama lain.
Zaman sekarang jadi macam ini, dijatuhkan seperti ini.








