Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan memberitahu dia masih belum tinggal sebumbung dengan suaminya, Dr Siew Jim walaupun sudah lebih setahun berkahwin.
Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Mahu Anak, Suami Belum Bersedia
Macam fasa bercinta
Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, dia dan suami akan bertemu dua kali dalam seminggu mengikut kelapangan jadual kerja masing-masing.
Kata Lizzy, 29, pada awalnya dia tidak bersetuju untuk tinggal berasingan namun lama kelamaan sudah dapat menerima corak kehidupan seperti itu.
Dia datang bertemu saya sekali atau dua kali seminggu. Kami anggap hubungan kami seperti sedang melayari fasa percintaan dan tak sangka ia lebih menarik sebab ada ruang untuk kami saling merindui satu sama lain.
Pada mulanya saya tak okey dengan keputusan ini sebab kalau kahwin mestilah kena tinggal sebumbung.
Lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan lebih menyukai cara ini apabila kami dapat menjaga ibu masing-masing. Kami tak nak biarkan emak kami tinggal seorang diri di rumah.
Ibu saya dan ibu mentua tidak mahu tinggal bersama, saya dah tanya (sambil ketawa).
Lizzy ditemui ketika majlis pelancaran filem Abang Long Fadil 3 yang diadakan di The Grounds Kuala Lumpur, pada Selasa.
Dah beli rumah
Dalam pada itu, pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei menyatakan mereka sudah membeli sebuah rumah dan dijangka siap pada tahun 2025.
Kalau ada anak nanti, semestinya kami akan tinggal bersama. Kami ada beli sebuah rumah kondominium tapi akan siap pada tahun 2025. Lambat lagi.
Selain Lizzy, filem Abang Long Fadil 3 turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Shuib, Kazar, Datuk AC Mizal, Joey Daud, Khir Rahman, Jay Iswazir, Daniella Sha dan Siraj.
Filem Abang Long Fadil 3 bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei bermula 8 September 2022.
Sumber: Instagram @elizabethtan