berita

Elizabeth Tan Mahu Anak, Suami Belum Bersedia

August 3rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Elizabeth Tan bersedia untuk menimang cahaya mata pada tahun hadapan.

Perancangan awal pada Julai

Ketika ditemui OhBulan!, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 29, menyatakan dia ingin mempunyai anak secepat mungkin namun suaminya, Siew Jim masih belum bersedia kerana kesibukan jadual kerja.

Bagaimanapun, pasangan ini sepakat untuk berusaha mendapatkan zuriat pada penghujung tahun ini.

Sebenarnya, saya mengambil ubat perancang kehamilan selama dua tahun. Saya mengambilnya selepas selesai penggambaran filem Abang Long Fadil 3.

Saya rancang untuk cuba hamil pada Julai. Tapi, banyak pula tawaran kerja yang masuk. Jadi saya anjak ke bulan seterusnya iaitu Ogos.

Namun, disebabkan jadual kerja makin padat, rancangan untuk cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sehingga ke bulan Oktober.

Lizzy ditemui ketika majlis pelancaran filem Abang Long Fadil 3 yang diadakan di The Grounds Kuala Lumpur, pada Selasa.

Ada biological clock

Tambah pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei, doktor juga menyaran untuk dirinya hamil sebelum umur memasuki 35 tahun.

Sebagai seorang wanita, kita ada biological clock dan tahun depan saya sudah berusia 30 tahun. Doktor pun nasihat supaya hamil sebelum usia 35 tahun bagi mengelakkan bayi mengalami autism.

Justeru, kita akan cuba ke arah itu (hamil) pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Knock Knock akui sukar untuk memutuskan sama ada ingin bergelar ibu ataupun tidak.

Susah sebenarnya untuk memutuskan sama ada ingin mendapatkan anak atau tidak. Saya tahu yang saya perlu mengorbankan sebahagian besar karier jika bergelar ibu.

Lepas jadi mak, watak-watak yang ditawarkan mungkin dah lain.. Beza sedikit atau mungkin akan kurang. Saya ambil masa setahun untuk bersedia dari segi mental.

Selain Lizzy, filem Abang Long Fadil 3 turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Shuib, Kazar, Datuk AC Mizal, Joey Daud, Khir Rahman, Jay Iswazir, Daniella Sha dan Siraj.

Filem Abang Long Fadil 3 bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei bermula 8 September 2022.

SKIP THIS AD ×