berita

Masih Bernafsu! Tiga Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Tom Cruise Yakin Akan Kahwin Lagi

June 6th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Meskipun sudah tiga kali gagal dalam ikatan perkahwinan, pelakon terkenal dunia, Tom Cruise mendedahkan dia masih menanam impian untuk berkahwin lagi.

Artikel Berkaitan: Foto Panas Tom Cruise & 2 Wanita Seksi Dipaparkan

Yakin boleh temui teman istimewa

Menurut laporan Mirror UK, pelakon filem Mission Impossible itu mendedahkan dia kini terbuka untuk mencari pasangan yang baru meskipun sudah menjangkau usia 60 tahun.

Tom turut memaklumkan bahawa dia sangat yakin dia mampu untuk mencari teman istimewa sekaligus melangsungkan perkahwinan meskipun gagal untuk mendapatkan cinta penyanyi, Shakira baru-baru ini.

Difahamkan, Shakira meminta agar Tom berhenti untuk menggodanya kerana sedang berada dalam fasa yang agak rumit lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan cara yang sangat menyakitkan dengan bekas bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique.

Sekadar info, Tom Cruise sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali dengan bintang popular Hollywood iaitu Mimi Rogers, Nicole Kitman dan Katie Holmes.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga perkahwinannya itu dianggap gagal kerana tidak tahan lama.

Hasil daripada tiga perkahwinannya itu, Tom dikurniakan tiga orang anak iaitu Isabella Jane Cruise, 30, Connor Cruise, 28, dan Suri Cruise, 17.

Sumber: Mirror

SKIP THIS AD ×