berita

Masih Berstatus Agama Islam, Wanita Kahwini Pemain Hoki India Tampil Mohon Maaf

December 21st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini seorang wanita Malaysia, Illi Najwa Saddique mencetuskan kontroversi apabila status agamanya dipersoalkan selepas dia berkahwin dengan seorang pemain hoki  India, Manpreet Singh Pawar.

Artikel Berkaitan : Didakwa Buat Majlis Bercanggah Dengan Ajaran Islam, Illi Najwa Bakal Dipanggil Menteri Agama

Walau bagaimanapun, selepas menerima pelbagai kritikan akibat dari upacara perkahwinan yang didakwa bercanggah dengan agama Islam, wanita tersebut tampil mohon maaf.

Masih agama Islam

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Asmak Husin memaklumkan wanita Malaysia yang berkahwin dengan kapten hoki India masih lagi beragama Islam.

Alhamdulillah saya sudah dapat maklum balas Illi Najwa, sebenarnya Islam dan telah bernikah sebelum ke India untuk resepsi. Semoga ALLAH menjaga Illi Najwa, keluarganya dan keluarga kita juga. Oleh itu, bagi yang tersalah bicara dan turut mengecam pihak berkuasa dan kerajaan, mari bermaafan.

Wanita itu didapati bernikah dengan lelaki tersebut di Malaysia sebelum pergi ke India untuk mengadakan majlis resepsi di sana. Susulan isu yang timbul, Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India tersebut. Malah, Illi Najwa turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.

Najwa mohon maaf

Illi Najwa turut akui apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suami. Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup.

Wanita tersebut turut memaklumkan bahawa sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan dan beliau tidak pernah pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak terutamanya warganet.

Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya.

Terdahulu, Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya.

Mengulas mengenai video itu, Illi Najwa berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka. Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan.

Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik.

Sumber : Harian Metro, Sinar Harian

 

SKIP THIS AD ×