berita

Masih Dalam Kuarantin, Ayah & Pembantu Peribadi Siti Sarah Terkilan Hanya Mampu Video Call

August 10th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Semalam, telah selesai acara pengebumian jenazah Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak yang disempurnakan oleh suaminya, Shuib dan beberapa lagi rakan serta petugas kesihatan.

Artikel berkaitan: ‘Isteri Saya Bukan Milik Saya, Allah Pinjamkan 11 Tahun Saja’ – Shuib

Artikel berkaitan: ‘InsyaAllah Saya Memang Kuat & Ok. Cuma Rindu Itu Sahaja Rindu Sangat…’ – Shuib

Akak orang baik, ramai sayang

Difahamkan, ayah kepada Siti Sarah iaitu Raisuddin serta pembantu peribadinya, Shafiq Sharip tidak dapat ke tanah perkuburan disebabkan mereka masih menjalani tempoh kuarantin di rumah. Difahamkan, mereka sebelum ini telah disahkan positif Covid-19 dan masih menjalani fasa kuarantin.

Menerusi sebuah posting Shafiq Sharip, dia memuat naik video yang hanya menyaksikan acara pengebumian Siti Sarah melalui siaran langsung di telefon bimbitnya sahaja. Kelihatan Syafiq dan ayahnya tidak dapat menahan air mata dan menangis ketika menyaksikan siaran langsung tersebut.

Nanti dah habis kuarantin Abu dengan abah pergi tengok akak ye. Akak orang baik ramai orang sayangkan akak tapi Allah lebih sayangkan akak. Insyaallah kak selagi Abu ada Abu jaga abang dan family akak macam family Abu sendiri . Akak rehat ye, Abu sayang akak.

‘Saya masih kuarantin’

Akak rehat ye…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAFIQ SHARIP ( ABU ) (@shafiqsharip)

Abah masih kuarantin di rumah

@hafiz.syofianReply to @nxuhao_ Abah Arwah Kak Siti Sarah Masih Di Kuarantin Dirumah . InsyAllah Lepas Habis Kuarantin Dia Akan Menyusul Kesana . AL FATIHAH ????? suara asli – Kirana Anandita

Sebelum pengebumian jenazah

@long_spark???? original sound – ??????? #?????769 ??

Video yang dikongsikan pengguna TikTok ini menyaksikan keadaan semalam sewaktu petugas kesihatan, rakan artis iaitu Rahim dan Shuib sedang memakai PPE sebelum mengusung jenazah ke liang lahad. Kelihatan Shuib ketika itu keadaannya sangat lemah dan tiada kata-kata untuk diungkap.

Sumber: Shafiq Sharip

SKIP THIS AD ×