berita

‘InsyaAllah Saya Memang Kuat & Ok. Cuma Rindu Itu Sahaja Rindu Sangat…’ – Shuib

August 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Allahyarham Siti Sarah

Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin, memberi kesan yang cukup mendalam buat Shuib, anak-anak serta ahli keluarganya. Sebagai seorang ayah, Shuib perlu menjadi lebih kuat demi empat orang cahaya matanya.

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: ‘Isteri Saya Bukan Milik Saya, Allah Pinjamkan 11 Tahun Saja’ – Shuib

Artikel berkaitan: Shuib & Ahli Keluarga Dibenarkan Solat Jenazah Siti Sarah

Artikel berkaitan: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan Di Gombak

Reda dengan apa yang telah terjadi

Foto: Tangkap layar video

Menerusi sesi Zoom bacaan Yasin dan tahlil yang berlangsung semalam, Shuib menjelaskan Allahyarham isterinya dijemput pada hari yang penuh istimewa iaitu hari Isnin dan hari tersebut sama dengan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun berat untuk diterima, Shuib reda dan akur dengan ketentuan Allah.

I lepaskan you sayang, I let you go. Saya tak sempat tutup mata, doktor call beritahu isteri nazak. Allah ambil dia dalam keadaan yang luar biasa dan belum tentu semua orang akan dapat cara macam itu.

Kalau cakap strong memang kena betul-betul. Cuma adakalanya saya akan memberontak dengan apa yang Allah bagi. Saya macam nak menyalahkan, kenapa bini aku, bini aku baik. Rindu itulah, itu je kalau nak cerita tak kuat dah belakang cerita. InsyaAllah saya memang kuat dan ok. Cuma rindu itu sahaja, rindu sangat.

Shuib turut meluahkan rasa rindu terhadap gelagat ‘manja’ Allahyarham isterinya dan menceritakan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka lebih banyak meluangkan masa bersama-sama.

Dia punya ‘berdenir’ dia punya manja. Apa pergi mandikan bini, apa malam-malam urut bini sampai dua jam tak gentle lah bro! Sarah ni sepanjang PKP tiga bulan saya duduk di rumah saya spend a lot of time dengan dia.

‘Allah cakap berkasih sayanglah habis-habisan’

Foto: Allahyarham Siti Sarah

Berbicara lebih lanjut, Shuib juga sempat memberikan pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa menghargai pasangan masing-masing kerana mereka adalah anugerah indah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Memasuki tempoh 11 tahun bersama, Shuib menjelaskan Allahyarham sanggup menerima dirinya seadanya walaupun tidak mampu memberikan kemewahan buat Allahyarham isterinya pada ketika itu.

Allah cakap berkasih sayanglah habis-habisan. Dia pandai lepas kita dah buat macam itu dia akan belanja lah kita masak sedap-sedap dia boleh tanya menu apa tengah hari malam. Dia memang luar biasa lah. So kita kena betul-betul appreciate. Kita kena berkasih sayang, kadang kita terlepas pandang.

Saya seronoklah 11 tahun kenal dia, saya kenal dia masa saya betul-betul tak ada apa. Betul-betul ‘haprak’ punya dia kutip saya. Tapi saya pelik kenapa dia boleh bersama dengan saya, macam mana saya first masuk rumah saya. Rumah Ya Allah tikar surat khabar je tapi dia boleh follow.

Saya tak tahu apa yang difikirkan kekuatan untuk dia untuk ikut saya dan support saya.

Sumber: Shuib Sepahtu

SKIP THIS AD ×