berita

Masih Tak Buang Foto Dengan Nad Zainal Di Instagram, Azwan Dakwa Mungkin Wujud Orang Ketiga

May 6th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-05 at 10.44.05 PM

Sudah adat orang bercinta, pasti akan ada pasang surutnya. Namun, keretakan hubungan pasangan ini nampaknya berlaku secara mendadak apabila Nad Zainal mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya dengan Azwan Kombos telah berakhir.

Enggan mengulas lebih lanjut, pelakon genit itu memberitahu bahawa dia tidak mahu perpisahan mereka diperbesarkan dan meminta agar masyarakat menghormati privasinya.

Artikel Berkaitan: Akui Sudah Putus Cinta, Nad Zainal Enggan Komen Diganggu Bekas Kekasih Di Lokasi

Namun, menerusi laporan mStar Online, bekas kekasihnya iaitu Azwan menyatakan rasa kesal terhadap sikap Nad yang seakan-akan melarikan diri dan mendakwa kemungkinan wujud orang ketiga di dalam hubungan mereka.

Screen Shot 2014-05-05 at 10.45.49 PM

Azwan Kombos terkejut dengan kenyataan Nad Zainal

Azwan turut mengaku bahawa hubungan mereka sememangnya dilanda masalah kebelakangan ini dan turut terkejut apabila Nad membuat pengakuan tersebut menerusi sebuah program hiburan terbitan televisyen swasta.

“Saya mengaku hubungan kami ada masalah beberapa hari ini kerana dia bersikap dingin secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan apabila dia beri kenyataan di Melodi (TV3) dengan mengatakan hubungan kami sudah berakhir, walhal saya sendiri tidak tahu tentang itu.

Saya ada meminta dia untuk bertemu dan berbincang beberapa kali namun dia menolak dengan alasan terlalu sibuk dengan penggambaran.”

Screen Shot 2014-05-05 at 5.22.45 PMAntara foto yang masih berada di laman Instagram Azwan Kombos

Bagaimanapun, melalui laman Instagram Azwan, jejaka ini dilihat masih mengekalkan fotonya bersama Nad Zainal. Perkara sebaliknya pula berlaku di laman Instagram Nad apabila pelakon wanita itu bertindak memadam semua foto mesra mereka berdua.

Apa agaknya kesudahan kisah percintaan mereka ini ya? Apapun, marilah kita mendoakan yang terbaik dan berharap agar kasih mereka akan bertaut semula.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×