berita

Mawar Rashid Maafkan Wanita Yang Cemburu Dengannya Sebab Suami Dia Kerap Puji

August 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Mawar Rashid, 26, mendedahkan menerima kiriman mesej daripada seorang wanita yang tidak dikenali yang mengakui pernah berasa cemburu dengan keperibadian peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu.

Suami suka puji jadi saya cemburu

Berdasarkan kiriman mesej yang dihantar di Instagram (IG), wanita itu berasa bersalah kerana pernah melontarkan kata-kata yang keterlaluan gara-gara suaminya kerap memuji pelakon itu.

Saya nak mohon maaf atas kelakuan saya pada Mawar saya pernah kata bukan-bukan kat Mawar sebab dulu suami saya suka puji Mawar jadi saya cemburu. Saya pun cakap bukan-bukan pada Mawar.

Maafkan kelakuan saya Mawar sebab pernah buat dosa pada Mawar. Saat itu saya sangat bodoh sampai sanggup kata bukan-bukan pada Mawar.

Saya hanya mampu doa segala urusan Mawar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat kelak.  Mawar sejujurnya saya cemburu dengan Mawar. Saya bodoh, saya lupa Allah.

Saya malu pada Allah

Tambah wanita berkenaan, dia juga berasa cemburu kerana pelakon drama TQ Captain itu sudah berhijab dan pandai mengaji sedangkan dirinya tidak sebegitu.

Mawar dah berhijab dan pandai mengaji. Sedangkan saya tak berhijab lagi dan mengaji pun tak pandai. Solat jauh sekali.

Saya malu pada Allah tapi kenapa saya berat nak lakukan perkara yang disuruh. Semoga di syurga tertulis nama Mawar dan suami serta keluarga. Maafkan saya Mawar.

Dalam pada itu, isteri kepada usahawan Raden Ahmad Faizal Yaakob memilih untuk memaafkan wanita berkenaan selain mendoakan agar dipermudahkan urusan untuk berubah ke arah kebaikan.

 

Sumber: Instagram @mawarashid

SKIP THIS AD ×