
Imej pelakon, Mawar Rashid sentiasa menjadi perhatian wargamaya selepas keputusannya untuk kembali tidak bertudung.
Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Saya Dapat Rasa Yang Saya Semakin Ceria, Positif & Bahagia’ – Mawar Rashid
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid ‘Terdiam’ Dalam Lagu
Makin seksi
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memuat naik beberapa foto yang memaparkan dirinya ‘posing’ dari pelbagai sudut.
Pelakon drama Nikmat Hanya Sesaat itu dilihat mengenakan pakaian sukan seperti skirt pendek dan baju ketat ketika melakukan sukan tenis tersebut.
Bagaimanapun, gaya penampilannya itu dianggap agak keterlaluan, apatah lagi dengan statusnya sebagai ibu tunggal kepada tiga orang cahaya mata.
Mula jatuh cinta dengan tenis.
Netizen sakit mata
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan imej pelakon berusia 30 tahun itu yang mencolok mata. Selain itu, warganet menitipkan doa agar Mawar kembali istiqamah menutup aurat.
Imbas kembali, Mawar mula bertudung pada Ogos 2020 selepas menyertai kelas agama di Kelantan.
Pada Oktober 2023, Mawar mengambil keputusan untuk membuka hijab sepenuhnya setelah berusaha untuk kekal istiqamah.
Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada November 2023 atas dasar tiada lagi persefahaman.
Sumber: Instagram @mawarashid