berita

Mawar Rashid Selamat Lahirkan Baby Boy, Sempat Raf Yaakob Tinggalkan Pesanan Buat Anak

March 17th, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan anak pertama pada 13 Mac 2019 dengan seberat 3.4kg. Kelahiran cahaya mata ini sebagai pelengkap kepada keluarga kecil pasangan Raf Yaakob dan Mawar.

Menerusi Instagram Raf Yaakob, dia sempat kongsi beberapa gambar dan video anak sulung mereka. Comel sungguh Raden Muhammad Rafeal!

Selamat lahirkan anak pertama

Syukur Alhamdulillah. Tanggal 13/3/2019 jam 11.33 malam, isteriku @mawarashid selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, seperti yang diimpikan. Both mummy and baby are fine. But today, kita bagi Mawar and @radenrafaelraf rehat dulu ya? Insyaa’Allah besok kita update lagi. Thank you kepada semua yang banyak mendoakan.

Baby boy

Assalamualaikum dan Salam Jumaat. MawaRaf nak kenalkan baby kami kepada semua. It’s a healthy 3.4kg baby boy. We named him RADEN MUHAMMAD RAFAEL @radenrafaelraf

Jaga nama baik semua keturunan kita

https://www.instagram.com/p/BvEW3nHnA2X/

Raf Yaakob sempat kongsi beberapa foto dan video sempena kelahiran anak sulung bersama Mawar Rashid. Bayi lelaki ini dilahirkan pada 13/3/2019 dengan berat 3.4kg. Dia sempat meninggalkan ucapan dan titipkan doa buat bayi Raden Muhammad Rafael untuk dibesarkan dalam keadaan baik dan menjaga nama baik keluarga kelak.

Sebelum ini Raf Yaakob telah dikurniakan dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinannya terdahulu. Tahniah Raf Yaakob dan Mawar Rashid atas kelahiran anak sulung mereka.

Sumber: Raf Yaakob

SKIP THIS AD ×