berita

Mawi Seolah-Olah Mati 15 Minit, Dakwa Disihir Sehingga Muntah Berdarah

May 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi dan penyampai radio, Mawi mendedahkan dirinya pernah berdepan detik menakutkan apabila seolah-olah mati selama 15 minit didakwa akibat terkena sihir.

Artikel Berkaitan: Mawi Kecewa Industri Seni Dianggap ‘Ladang’ Maksiat & Dosa

Artikel Berkaitan: Nafi Khabar Angin Rumah Tangga Bergolak, Mawi Syukur 13 Tahun Hidup Bahagia Bersama Isteri & Anak

Hampir mati

Memetik Harian Metro, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 41, berkata, kejadian yang berlaku tujuh tahun lalu itu amat menakutkan dan menginsafkan kerana hampir meragut nyawanya.

Jelasnya lagi, selepas sahaja sedar daripada tempoh tersebut, dia terus meraung dan menangis.

Ketika itu saya tidak sedarkan diri seolah-olah mati selama 15 minit. Saya sedar semula apabila bahagian kepala terasa sejuk dan mendapati isteri saya, Ekin sedang membasahkan kepala saya.

Ketika itu dia meraung dan menangis sambil mengelap darah yang berlumuran di seluruh badan saya. Kejadian ini turut disaksikan oleh kembar Ekin iaitu Ain dan bapa saudara saya yang berada di hospital ketika itu. Saya memang tak ingat apa yang berlaku.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kian itu berkata, dia melihat isterinya, Ekin mengelap dan mencuci darah yang keluar daripada mulutnya seperti ‘lava’ gunung berapi.

Berhenti industri seni

Susulan kejadian itu, Mawi menjelaskan dia hampir mengambil keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan serta merta.

Namun, niatnya itu tidak menjadi kenyataan apabila dia masih memikirkan tentang minatnya yang suka menyanyi, berlakon dan mengarah.

Disebabkan kejadian itu, saya hampir membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan. Rasa fobia juga selepas apa yang terjadi. Ekin pun minta saya berhenti menyanyi dan keluar dari industri hiburan.

Saya berfikir juga tapi saya suka menyanyi, berlakon, buat filem dan sebagainya. Allah sudah letak saya di sini, jadi saya buat yang terbaik saja dan tawakal.

Selepas kejadian itu saya suka menulis skrip dan mengarah. Saya lebih jadi seorang pemikir. Ketika itu juga datang tawaran mengarah. Sejak itu saya lebih ghairah dalam dunia pengarahan.

Mawi berkata, peristiwa itu turut membuatkan dia terpaksa menyepikan diri daripada industri hiburan buat sementara waktu.

Bagaimanapun, Mawi tidak menuduh atau mengesyaki ia kerja sihir mana-mana pihak, sebaliknya bertindak memperbaiki kekurangan dirinya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×