berita

Maya Karin Jawab Tuduhan Cuba Perlekeh Kanak-Kanak Tak Tahu Jawab Soalan Inggeris

October 6th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, status yang dimuatnaik pelakon Maya Karin di laman Twitter telah mengundang kecaman netizen. Sebelum ini, dia memuatnaik status terhadap seorang pelajar tidak tahu menjawab soalan mengenai umur yang di tanya pelakon wanita itu. Bagaimanapun, pelajar tersebut mula menjawab apabila Maya Karin menanyakan semula dalam Bahasa Malaysia.

Maya Karin menerusi laporan Metro Online respon dan dedahkan kisah sebenar yang telah berlaku sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Tidak pernah sebut mengenai tahap kebijaksanaan

Maya Karin menjelaskan dia tidak berniat memperlekehkan sesiapa dan kenyataan itu adalah secara umum untuk mengutarakan isu pendidikan dalam kalangan pelajar.

Saya tak ada niat memperlekehkan sesiapa. Saya bukan fokus orang Terengganu, kebetulan saya berbicara di universiti di Terengganu.

Fokus saya adalah mutu pendidikan dan daya keyakinan pelajar muda kita. Saya tidak pernah sebut mengenai tahap kebijaksanaan.

Kena ajar untuk tidak malu

Pelakon Munafik ini turut menyarankan agar masyarakat tidak mengira lapisan umur untuk buang rasa malu dan cuba berlajar bertutur dalam Bahasa English.

Kena ajar untuk tidak malu. Memang awal-awal mungkin berterabur bertutur bahasa lain tetapi lama-kelamaan boleh cakap dengan baik. Macam bahasa Malaysia saya.

Sumber: Metro, Maya Karin

SKIP THIS AD ×