berita

Maya Karin Tampil Bersama Ahli Keluarga Dalam MV Lagu Raya. Meriah!

July 25th, 2014 | by Noraniza
Video Popular

Screen Shot 2014-07-25 at 12.07.34 PM

Amboi. Tersenyum seorang diri nampak? Mesti anda semua dah berada dalam mood raya kan sekarang. Tambahan pula yang bakal pulang ke kampung halaman hari ini, sudah pasti tak sabar-sabar untuk berjumpa keluarga tercinta.

Bersesuaian dengan Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, apakata kami tambahkan lagi mood raya anda dengan berkongsi sebuah video klip terbaru daripada Maya Karin berjudul Pulang.

Tapi, video klip lagu raya ini memang paling meriah! Nak tahu kenapa? Sebabnya, Maya telah membawa ahli keluarganya berlakon sama tau!

Screen Shot 2014-07-25 at 12.09.31 PM

Maya Karin teruja bawa ahli keluarga dalam MV Pulang

Berkesempatan untuk menemubual Maya baru-baru ini, kami pun tanyalah daripada mana dia mendapat ilham untuk menampilkan ahli keluarganya dalam video klip tersebut.

“Sepatutunya video klip itu dirakamkan di Janda Baik dan kena cari pelakon extra untuk jadi keuarga Maya. Kemudian Maya cadangkan agar buat di rumah Maya di Penchala dan guna keluarga Maya sahaja.

Ahli keluarga Maya memang kecoh dan mereka memang seronok lah untuk join berlakon dalam video klip ni, walaupun muncul untuk beberapa saat je. Lagipun, chemistry tu dah ada. Tak perlu nak buat-buat.”

Bila kami tonton video tersebut, memang terserlah keakraban antara ahli keluarga Maya. Daripada yang tua hinggalah yang muda, semuanya sporting! Tak percaya? Jomlah tengok video klip tersebut di bawah. Enjoy!