berita

Maya Karin Terharu Cikgu Keluarkan Duit, Belanja Anak Murid

December 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semalam, berlangsungnya tayangan filem Lagenda Budak Setan 2 di panggung wayang TGV, Wangsa Walk. Apa yang menarik disini, tayangan filem ini telah diadakan khas untuk 600 orang pelajar yang baru menamatkan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan ditaja sepenuhnya oleh cikgu, Encik Venkateswaran.

Tujuan Encik Venkateswaran adalah untuk menggalakkan pelajarnya menonton dan menyokong filem-filem Melayu. Tayangan filem ini turut dihadiri oleh salah seorang aktress popular yang turut terlibat dalam filem LBS2 iaitu Maya Karin.

“Saya sangat terharu yang cikgu sanggup keluarkan duit dan belanja untuk anak murid dan sokong filem lakonan saya. Masa sekolah saya tak pernah dapat pengalaman macam ini,” luah Maya.

Bukan kali pertama, Encik Venkateswaran juga pernah menganjurkan program yang sama ketika filem ‘Ombak Rindu’ dipawagam. Namun, pelakon yang hadir pada waktu itu adalah Lisa Surihani dan kini telah pun bergelar isteri kepada Yusry KRU.

“Saya mahu buat macam ini lagi selepas ini,” ujar Maya merujuk pada tayangan filem lakonannya untuk pelajar lepasan SPM.

Dalam pada itu, Maya ketika ditanya mengenai percutiannya di Nepal turut berkongsi sedikit pengalaman ketika mendaki gunung disana. Dia menjelaskan, ketika berada disana, tidak pernah muncul masalah untuk menunaikan kewajipan agama.

“Senang saja, kalau di tempat yang susah dan tak ada tempat selesa, kita boleh sembahyang dimana-mana. Tak perlu pakai telekung pun tak apa, yang penting menutup aurat,” jelasnya

Maya juga memberitahu sepanjang berada disana, dia hanya mengamalkan pemakanan sayur-sayuran sahaja. Pelakon berusia 33 tahun ini bakal muncul dengan filem terbarunya iaitu Lagenda Budak Setan 3 dan juga Jwanita.