berita

Mayat ‘Bangkit Semula’ Dalam Perjalanan Ke Tempat Pengebumian

July 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Thailand, viral sebuah kisah mengenai seorang wanita yang dipercayai sudah meninggal dunia tiba-tiba ‘bangkit semula’ ketika dalam perjalanan ke upacara pengebumian.

Tersedar dan buka mata

Menerusi laporan Daily Star, Chataporn Sriphonla dikhabarkan sudah meninggal dunia ketika dibawa pulang dari hospital di wilayah Udon Thani pada 29 Jun yang lalu. Ujar paramedik, wanita tersebut sudah tidak bernyawa lagi.

Ibu Chataporn iaitu Mali, menghubungi seluruh ahli keluarga bagi memaklumkan mengenai berita tersebut. Kesemua mereka beranggapan bahawa Chataporn meninggal dunia disebabkan kanser hati.

Anak perempuan saya dirawat di hospital, tetapi doktor memberitahu dia mempunyai harapan yang tipis.

Namun begitu, Mali berkata dia sangat terkejut apabila Chataporn secara tiba-tiba tersedar dan membuka mata ketika van sedang bergerak ke tempat pengebumian.

Ujar Mali, dia tidak boleh berfikir bagaimana anaknya itu boleh ‘bangkit semula’. Walau bagaimanapun, Mali berasa gembira dan berkongsi semula berita itu kepada ahli keluarganya.

Chataporn kemudian dikejarkan ke hospital dan berada di bawah pemantauan doktor.

Sumber: Daily Star

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×