berita

Mayat Budak Disumbat Bawah Katil, Didakwa Mati Dicekik

August 15th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Mayat Budak

Gambar sekadar hiasan

Mayat seorang kanak-kanak lelaki dengan kesan cekik di leher ditemui di ruang simpanan bawah katil di kediamannya.

Artikel Berkaitan: Bapa Ikat Mayat Anak Di Basikal, Heret Atas Jalan & Buang Di Landasan Kereta Api

Artikel Berkaitan: Budak 2 Tahun Mati Kebuluran, Dikurung Bapa Kaki Botol

Suspek pernah datang rumah

Mayat Budak

Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang berlaku di Delhi, India itu menyaksikan ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu Neelu menemui mayat anaknya pada petang Khamis.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Vichitra Veer berkata pada jam 8.30 malam, pihaknya menerima maklumat berhubung kes berkenaan daripada sebuah hospital swasta.

Neelu baru pulang dari kerja kira-kira jam 6 petang Khamis apabila dia menerima panggilan daripada guru tarian anaknya yang memberitahu bahawa anaknya tidak masuk ke kelas.

Neelu tiba di rumah dan mendapati pintu utama flat mereka terkunci dari luar dan itu bukanlah perkara luar biasa kerana budak lelaki itu mempunyai kunci ganti.

Bagaimanapun, sejurus memasuki ke dalam rumah, Neelu mendapati rumahnya dalam keadaan tidak terurus lalu panik apabila tidak dapat menemukan anak lelakinya itu.

Neelu kemudian menghubungi suaminya namun panggilan tersebut dijawab oleh seorang wanita yang bertanya kepadanya, ‘apakah perasaan apabila harta benda yang paling disayangi diambil?’.

Terkejut dengan pertanyaan tersebut, Neelu segera memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Setelah mengeledah, dia akhirnya menemui mayat kanak-kanak malang itu yang disembunyikan di ruangan simpanan bawah katil.

Saya membukanya (ruang simpanan bawah katil) dan mendapati anak saya terbaring tidak sedarkan diri.

Kami bergegas membawanya ke hospital swasta di mana doktor mengesahkan kematiannya.

Menurut polis, suspek dikenali sebagai Pooja, 24, dan sedang melarikan diri. Susulan itu, beberapa pasukan polis telah diarahkan untuk menangkap suspek.

Difahamkan suspek juga mengenali keluarga mangsa dan pernah berkunjung ke rumah mereka sebelum ini.

Untuk info, Neelu dan suaminya telah memfailkan perceraian beberapa bulan lalu dan kini tinggal berasingan manakala anak lelaki mereka tinggal bersama Neelu.

Sumber: India Today, Hindustan Times 

SKIP THIS AD ×