Hakim Daerah, Jessica Heinen menjatuhkan hukuman maksimum iaitu 56 tahun dan 11 bulan penjara terhadap seorang lelaki kerana mengabai anak perempuannya sehingga menyebabkan kematian.
Artikel Berkaitan: Budak Lompat Dari Tingkat Lima, Dipercayai Tak Tahan Dipukul Ibu
Artikel Berkaitan: Ibu Dera & Kurung Anak Dalam Sangkar Anjing, Disyaki Cuba Membunuh
Kurung anak-anak dalam bilik
Gambar sekadar hiasan
Jeffrey J James Exon, 47 dari Kansas, Amerika Syarikat telah disabitkan atas kesalahan membahayakan dan membunuh tahap pertama terhadap anak perempuannya yang berusia dua tahun.
Menurut Peguam Daerah, Shawnee County Mike Kagay, siasatan terhadap Exon bermula pada awal Januari 2021, apabila dia menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan bahawa anaknya tidak lagi bernafas.
Setelah pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian, mereka mendapati kanak-kanak malang itu tidak bertindak balas dan badannya sejuk. Mangsa dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum itu.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Aurora tersebut meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan yang disebabkan oleh pengabaian bapanya.
Bagaimanapun, Exon mendakwa anak perempuannya itu ‘berlapar sendiri’.
Dalam pada itu, pihak berkuasa juga menemui lima botol arak di dalam bilik Exon.
Semasa perbicaraan berlangsung, anak lelaki Exon iaitu Teddy, 4, memberi keterangan bahawa bapanya mengurung dia dan adiknya di dalam bilik mereka selama beberapa hari tanpa sebarang makanan.
Difahamkan pada ketika itu Exon mabuk dan ‘pengsan’ di atas katilnya.
Susulan itu, penyiasat kemudian menyatakan bahawa lelaki tersebut mengabai anak-anaknya kerana ketagihannya terhadap arak.
Sumber: NY Daily News