Mayat reput yang ditemui dalam kereta Tesla milik penyanyi rap, D4vd minggu lalu dikenal pasti sebagai seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Artikel Berkaitan: Wanita Lahirkan Anak Kedua Di Usia 58 Tahun, Catat Rekod Ibu Tertua Di Hospital Hong Kong

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jon Bon Jovi Raih Perhatian, Bantu Pujuk Wanita Daripada Terjun Jambatan Di Nashville

Remaja perempuan 15 tahun

Menurut laporan NBC Los Angeles, mangsa yang maut dikenali sebagai Celeste Rivas. Walau bagaimanapun, punca kematian masih dalam siasatan pihak forensik.

Dalam pada itu, pejabat Sheriff Riverside County turut mengesahkan bahawa Celeste Rivas merupakan remaja yang dilaporkan hilang sejak April 2024.

Ibu dakwa mangsa ada tatu sama sengan D4vd

Sementara itu, portal TMZ melaporkan bahawa mereka berjaya menghubungi ibu kepada Celeste yang menyakini bahawa mayat tersebut adalah milik anaknya selepas menerima butiran autopsi daripada pihak polis.

Lebih mengejutkan, ibu Celeste mendakwa anak perempuannya itu mempunyai tatu di jari bertulis ‘Shhh’, sepadan dengan tatu milik D4vd.

Ketika artikel ini ditulis, wakil kepada D4vd iaitu David Anthony Burke memaklumkan pelantun lagu ‘Rehab’ akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.

Terdahulu, polis Los Angeles menerima aduan bau busuk dari sebuah kereta Tesla yang ditunda kerana ditinggalkan di kawasan Hollywood Hills.

Ketika kejadian, mangsa ditemui memakai baju, legging hitam, gelang rantai logam berwarna kuning serta sepasang anting-anting.

Sumber: NBC News, TMZ