berita

‘Mayat Dia, Saya Isi Dalam Guni & Campak Tepi Jalan’ – Peguam Dedah Kronologi Pembunuhan Ahli Kumpulan Spoon

February 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Masihkah korang ingat kes pembunuhan kejam yang menjadi liputan seluruh media massa sekitar tahun 2000? Mangsa seorang anggota kumpulan Spoon didakwa telah dibawa ke sebuah kawasan sunyi di hutan sebelum dibunuh dengan kejam. Mayat mangsa kemudian ditemui dalam keadaan yang telah reput dan dimasukkan ke dalam guni sebelum dicampakkan di tepi jalan.

Seorang peguam, Sir Kamarul ada berkongsi kronologi yang berlaku di sebalik kisah pembunuhan kejam salah seorang anggota kumpulan Spoon yang dikenali dengan nama Along Spoon.

Dibawa di kawasan sunyi

Mangsa tiba-tiba hilang

Menerusi perkongsian Sir Kamarul di laman Twitter, dia menceritakan bahawa kejadian pembunuhan tersebut telah melibatkan 3 orang individu termasuk mangsa. Seorang pemandu dikatakan telah menurunkan mangsa dan suspek di dalam sebuah hutan sebelum meninggalkan mereka berdua disana.

Namun tidak lama selepas itu, pemandu tersebut berasa tidak sedap hati kerana berbuat sedemikian dan dia telah berpatah balik untuk melihat keadaan mereka berdua. Sebaik sahaja tiba di hutan, dia amat terkejut apabila melihat hanya seorang sahaja daripada mereka yang berada di situ dan seorang lagi telah ‘menghilangkan diri’.

Diminta wang tebusan RM500k

Mangsa yang hilang langsung tidak ditemui dan disebabkan itu suspek yang merupakan individu terakhir bersama mangsa telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes kehilangan mangsa. Namun, tidak lama selepas itu ahli keluarga mangsa dikatakan telah menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dengan meminta wang tebusan sebanyak RM500k sebelum mangsa dilepaskan.

‘Mayat dia, saya isi dalam guni’

Semasa soal siasat, suspek akhirnya mengaku bahawa dia telah membunuh dan memasukkan mayat mangsa ke dalam guni sebelum dicampakkan di tepi jalan. Apa yang lebih mengejutkan apabila suspek dengan rela hati ingin menunjukkan lokasi dimana dia meninggalkan mayat mangsa.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mereka memulakan misi pencarian dan akhirnya mereka menemui mayat mangsa yang telah reput diikat dalam guni. Mayat mangsa kemudian dibawa ke unit forensik untuk dibedah siasat. Hasil daripada siasatan mendapati leher mangsa telah dijerut sebelum dimasukkan ke dalam guni.

Motif pembunuhan

Menceritakan kisah itu, motif pembunuhan itu berlaku adalah disebabkan kes cemburu. Suspek dikatakan mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya kerana dia pernah melihat mereka berdua berada di dalam sebuah kereta. Disebabkan itu dia mula berang dan bertindak agresif dengan melakukan pembunuhan kejam ini.

Pemandu jadi saksi

Pemandu kereta terbabit yang juga merupakan saksi dalam kes perbicaraan itu telah menceritakan perkara sebenar. Suspek dikatakan telah menghentak kepala mangsa beberapa kali di dalam kereta sebelum mangsa dibunuh di dalam hutan tersebut.

Keputusan mahkamah akhirnya menetapkan suspek yang juga seorang anggota polis itu menerima hukuman gantung sampai mati.

Sumber: Sir Kamarul

SKIP THIS AD ×