berita

Mayat Ditemui Dalam Longkang Selepas 9 Hari Hilang

August 1st, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Kota Kinabalu, Sabah, sekujur mayat ditemui di dalam longkang Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran Kem Lok Kawi bersama motosikal pada pagi Selasa.

Artikel Berkaitan: Polis Siasat Video Wanita Dibelasah Di Tangga

Artikel Berkaitan: Seminggu Hilang, Mayat Influencer Dikerat & Ditemui Di Merata Tempat

Penemuan mayat

Menurut laporan Sinar Harian, mayat pembantu bot yang dikenali sebagai Sefuan Taha dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu.

Dikatakan, mayat berumur 33 tahun ditemui bersama motosikal miliknya oleh Ibnu Ismail, 64, yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan semak di kawasan tersebut jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Sammy Newton, menerima laporan penemuan berkenaan pada jam 8.25 pagi.

Hasil siasatan awal di lokasi kejadian kemalangan dipercayai berpunca daripada motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah Kota Kinabalu menghala ke Papar telah hilang kawalan.

Motosikal mangsa kemudian terbabas sebelum masuk ke sebelah kiri longkang dan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayatnya kemudian ditemukan oleh seorang pekerja pembersihan di kawasan berkenaan.

Katanya lagi, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa sudah membuat pengecaman dan mengesahkan mangsa adalah Sefuan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan gambar mangsa di lokasi kejadian dan fakta yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga.

Sumber: Sinar Harian

 

SKIP THIS AD ×