Foto: New York Post
Pempengaruh dan jutawan wang kripto, Fernando Perez Algaba dari Argentina ditemukan meninggal dunia pada Rabu dalam keadaan mayatnya dikerat setelah seminggu dilaporkan hilang.
Artikel Berkaitan: Tiba-Tiba Menyepi, Mayat Influencer Ditemui Dalam Kolam & Mangsa Mungkin Dibunuh
Artikel Berkaitan: Influencer, Pengasas Kosmetik Sifu Lentik Meninggal Dunia
Seminggu hilang
Memetik laporan New York Post, mayat lelaki berusia 41 tahun itu ditemui oleh sekumpulan kanak-kanak di tepi sungai. Mereka menemui beg pakaian berwarna merah yang dipenuhi dengan anggota badan mayat yang telah dikerat.
Ibu bapa kanak-kanak tersebut melaporkan kepada pihak polis berhubung penemuan mayat berkenaan.
Polis kemudian memeriksa beg itu dan menemukan kaki serta lengan manakala cebisan anggota badan yang lain ditemukan di dalam sungai.
Sehari selepas itu, kepala dan anggota badan yang lain turut ditemui.
Mayat Algaba dikenal pasti melalui cap jari dan juga tatu di beberapa bahagian badannya.
Hasil siasatan mendapati Algaba telah ditembak tiga kali sebelum mayatnya dikerat dan pihak polis percaya ia dilakukan oleh pembunuh yang profesional.
Susulan itu, polis menahan seorang suspek berhubung kematian pempengaruh tersebut dan mengesyaki bahawa dia dibunuh kerana berhutang.
Terdahulu, Algaba yang menetap di Barcelona dilaporkan telah tinggal di Argentina selama seminggu sebelum dibunuh. Dia juga telah menyewa sebuah apartmen dan sepatutnya memulangkan kunci pada 19 Julai lalu namun gagal dihubungi.
Sumber: New York Post