berita

Mayat Empat Beradik Ditemui Membusuk Atas Katil, Dibunuh Bapa Kandung

December 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Misteri bau busuk di sebuah rumah di Indonesia akhirnya terbongkar selepas penemuan mayat empat kanak-kanak yang sudah membusuk di atas katil.

Mayat empat beradik membusuk atas katil

Memetik laporan media Indonesia, kesemua mangsa merupakan adik-beradik dan keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh oleh bapa kandung mereka. Selepas melakukan perbuatan kejam itu, suspek dikatakan sengaja meninggalkan mayat anak-anaknya di atas katil sehingga keadaan mayat tersebut membusuk.

Bukan itu sahaja, sumber mengatakan suspek cuba untuk membunuh diri selepas mendapati anak-anaknya itu sudah tidak bernyawa. Namun, percubaan tersebut gagal sebelum suspek ditemui dalam keadaan terlentang bersama pisau di tubuhnya.

Mangsa yang berjaya diselamatkan kini masih mendapatkan rawatan di hospital. Difahamkan, isteri suspek turut dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat didera oleh suspek.

Pihak polis turut menemukan ayat ‘Puas Bunda Tx For All’ di lokasi kejadian yang dipercayai ditulis oleh suspek.

Hasil siasatan awal mendapati, motif kejadian mungkin disebabkan masalah kewangan memandangkan suspek sudah tujuh bulan tidak membayar sewa rumah.

Sumber: Liputan6, Jateng Tribunnews

SKIP THIS AD ×