berita

Mayat Kanak-Kanak Tanpa Kepala Ditemui Dalam Semak, Suspek Remaja 15 Tahun Ditahan Polis

March 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tribun News

Penemuan mayat kanak-kanak lelaki tanpa kepala di dalam semak di Desa Rajabasa Lama, Kecamatan Labuhan Ratu, Indonesia semalam mengejutkan orang ramai.

Saksi ketika itu, mendakwa terdengar jeritan sebelum menjumpai mayat mangsa dan tampil membuat laporan polis.

Mayat dijumpai tanpa kepala

Foto: Tribun News

Menerusi laporan media tempatan, mangsa dikenali sebagai Rafi bin Dullah, 11, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam semak. Pihak polis yang menerima laporan tersebut bergegas ke tempat kejadian dan mayat mangsa telah dipindahkan bagi melakukan pemeriksaan lanjut.

Mangsa dipercayai penduduk Kampung Rajabasa Lama, Daerah Labuhan Ratu dan saksi ketika itu, Aldi yang merupakan individu pertama menjumpai mayat tersebut akui terkejut melihat mayat itu tanpa kepala.

Dakwanya lagi, dia terdengar suara seperti seseorang sedang menjerit sebelum dia menuju ke arah suara tersebut.

Dari jauh saya dengar jeritan. Selepas dihampiri, dia mendapat tahu ada mayat kanak-kanak di dalam semak tanpa kepala.

Saya segera berlari, meminta bantuan penduduk dan menghubungi polis.

Ujar Ketua Dusun Subing Jaya, Zakwan, mangsa merupakan penduduk murid Subing Jay dan pelajar Sekolah Rendah Negeri (SDN) 1 Rajabasa Lama.

Rupa-rupanya….

Sekadar gambar hiasan

Menerusi satu laporan yang lain, timbul desas-desus yang mendakwa pembunuh kepada kanak-kanak ini telah pun ditahan oleh pihak polis.

Ujar Zakwan lagi, suspek berusia 15 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan.

Benar dia, pelaku sudah dibawa ke balai polis. Kami masih menyiasat pelakunya.

Sementara itu, menurut Pengarah Hospital Sukadana, Dr Wayan Widyana, mayat mangsa telah dihantar ke rumah bagi proses pengebumian.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×