berita

Mayat Kanak-Kanak Umur 9 Tahun Ada Unsur Dera, Ibu & Teman Lelaki Ditahan

July 31st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mangsa dera

Di Taiping, Perak, pihak polis mengesahkan penemuan kesan penderaan pada mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui mati di sebuah rumah di Assam Kumbang, di sini semalam.

Dipercayai didera sejak Mac lalu

Kanak-kanak didera

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, susulan penemuan pihak forensik itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun serta rakan lelakinya yang berusia 30-an, ditahan bagi membantu siasatan.

Laporan forensik PDRM mendapati ada unsur penderaan kepada simati. Pihak polis percaya kes penderaan itu berlaku sejak Mac lalu. Ibu kanak-kanak itu mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian dengan suaminya.

Tambah Razlam, siasatan masih diteruskan dan pasangan itu ditahan reman di Mahkamah Taiping hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam media melaporkan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Panglima. Polis menerima maklumat kematian kanak-kanak itu pada jam 11 pagi.

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×