Di Indonesia, seorang lelaki berusia 72 tahun tergamak menikam isterinya sampai mati di bawah sebuah jambatan.
Ditikam guna pisau
Menerusi laporan Kompas, suspek dikatakan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 61 tahun kerana sering dilarang masuk ke rumah. Kejadian tersebut berlaku di Lhokseumawe di Aceh, Indonesia.
Salah seorang saksi memberitahu, dia melihat mangsa diheret hingga jatuh sebelum ditikam suaminya menggunakan pisau.
Kami lihat mangsa berlumuran darah dan tidak ada yang berani melerainya kerana dia (suspek) ketika itu memegang pisau.
Menurut Ketua Polis Daerah Banda Sakti, Ipda Asrizal, punca suspek menikam isterinya hingga mati kerana mereka sering bergaduh.
Suspek sering tidak dibenarkan masuk ke rumah. Malah, tidak diberikan makan.
Berdasarkan keterangan saksi, katanya, suspek mendekati mangsa yang sedang duduk berehat di bawah jambatan dekat Pasar Bandaraya Lhokseumawe.
Berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa sehingga mengakibatkan tikaman yang dilakukan suspek dengan menggunakan pisau.
Tambahnya lagi, motif pembunuhan berpunca daripada masalah rumah tangga yang didakwa sudah lama berlaku.
Mangsa mengalami tujuh tikaman iaitu tiga di dada, satu di bawah leher dan satu di bawah payudara, satu bawah ketiak kiri, dan satu di belakang.
Sumber: Kompas